7 Spesies Pari Popular Di Malaysia

7 Spesies Pari Popular Di Malaysia

PENGALAMAN merasai tarikan drag daripada ikan Pari ketika memancing pasti sukar untuk dilupakan. Mana tidaknya, dengan fizikalnya yang lebar dan teknik renangannya yang kuat membuatkan ikan ini sukar untuk dikalahkan. Tidak hairanlah sesetengah pemancing menggelarnya sebagai “lesen besar” .

SENGATAN

Ikan Pari atau nama saintifiknya Gymura /Dasyatis adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia. Pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inci yang diseliputi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Di bahagian hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

sumber gambar : Google Image

Rajah di atas menunjukkan ikan pari yang berasa terancam lalu mengeluarkan sengatan tajinya untuk melindungi diri

Berikut adalah antara spesies ikan Pari yang popular di Negara kita :-

1. PARI TANJUNG

Pari tanjung mempunyai tanduk yang lebih panjang berbanding pari beting dan ianya juga lebih nipis berbanding pari beting yang mempunyai isi yang lebih tebal. Habitat ikan pari tanjung ini biasanya di beting-beting pasar dan juga kawasan yang berlumpur.

sumber gambar : Google Image

2. PARI DAUN

Pari Daun mempunyai isi yang lebih tebal dan pangkal ekornya juga lebih besar berbanding ikan pari yang lain. Dibahagian ekornya juga terdapat layar kecil yang berwarna kehitaman. Ikan pari jenis ini juga dikatakan amat bahaya kerana ianya agak agresif.

sumber gambar : Google Image

3. PARI RIMAU

Inilah antara pari yang paling mencabar untuk didaratkan. Pari rimau ini mendapat namanya kerana corak dibadannya yang bertompok seakan-akan harimau. Habitat bagi spesies ini kebiasaannya ialah dikawasan pantai yang berbatu.

sumber gambar : Google Image

4. Pari Minyak

Spesies pari minyak sememangnya popular di dalam arena memancing laut dalam. Ini kerana saiznya yang begitu besar dan asakan padu ikan jenis ini memang menjadi kegilaan untuk sukan ini. Ikan pari minyak senang juga dikenalpasti kerana badannya berwarna hitam dan mempunyai tompok putih disekitar badannya.

5. Pari Karang

Ikan Pari Karang ini boleh dikenal pasti dengan melihat bintik-bintik biru di badannya. Spesies ini juga agak pemalu dan amat susah sekali untuk memakan umpan. Jadi jika ianya memakan umpan, pasti anda antara orang yang bertuah sekali di kawasan tersebut.

6. Pari Bendera

Pari jenis ini berbentuk agak berbeza berbanding pari-pari yang lain di mana ianya berbentuk bujur dan ekornya lebih pendek. Pari ini juga begitu jarang sekali untuk memakan umpan. Namun, ia masih menjadi udang, sotong dan ikan sebagai antara diet pilihannya.

7. Pari Beting

Pari beting menjadi antara pari yang paling popular di Malaysia. Menurut para nelayan tempatan, pari beting ini mendapat namanya kerana ia sering menjadikan beting pasir sebagai lokasi untuk berehat dan memburu mangsanya.
Kebiasaannya pari jenis ini akan membenamkan diri ke dalam beting pasir apabila terdapat ancaman.