Alat Pelbagai Fungsi Adalah Peneman Sejati

Kewujudan alat pelbagai fungsi atau multitool ini adalah untuk memudahkan dan menyelesaikan pelbagai jenis masalah yang berkait rapat dengan aktiviti harian kita. Seiring dengan jolokan namanya iaitu ALAT PELBAGAI FUNGSI maka sebuah peranti ini kebiasaanya akan dilengkapi dengan beberapa alatan tambahan lain yang tersembunyi. Perkembangan teknologi kini membawa kepada penghasilan pelbagai jenis, bentuk, saiz dan rekaan alatan ini dipasaran dunia.

Tujuan utama alatan ini dihasilkan adalah untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah mengikut keadaan yang berbeza-beza. Antaranya,

1. Memancing – memperbaiki peralatan pancing ketika memerlukan beberapa alatan yang berbeza pada waktu yang sama.
2. Berkhemah – multitool ini berfungsi untuk membuka barangan dalam tin ,menyediakan bahan untuk memasak dan lain-lain.
3. Memburu – memotong, mengikat dan membuka sesuatu benda.
4. Kecemasan– boleh jadi tersekat dalam situasi kecemasan yang memerlukan beberapa alat untuk mengetuk, memotong atau mencungkil supaya dapat selamatkan diri.

Berikut adalah contoh beberapa alat yang ada pada sebuah multitool

Antara kelebihan lain yang ada pada alat pelbagai fungsi ini ialah ,

  1.  Saiznya yang kecil dan mesra pengguna membolehkan alatan ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja
  2. Adanya alatan ini dapat meringankan jumlah beban bagi menjalani aktiviti luar seperti berkhemah,berkelah, hiking dan sebagainya. Sekali gus, dapat memastikan program yang dirancang berjalan dengan baik.
  3.  Risiko untuk ditahan dengan pihak berkuasa adalah rendah berbanding membawa pisau tunggal didalam poket. Namun, haruslah diingatkan bahawa penggunaan alat pelbagai fungsi ini perlulah sentiasa berada pada landasan yang betul.

Kesimpulannya, penggunaan alat pelbagai fungsi ini adalah lebih sesuai untuk menyelesaikan beberapa masalah yang datang secara tiba-tiba dan ia bersifat sementara. Hal ini adalah kerana kekuatan dan ketahanan alat ini adalah terbatas berbanding dengan alatan tunggal yang khusus dari segi pembuatannya. Sebagai contoh, ketajaman pisau tunggal biasa dan pisau alat pelbagai fungsi ini mungkin sama tetapi dari segi ketahanannya lebih kepada pisau tunggal dan begitu jugaklah alatan yang lain.