Apakah yang dimaksudkan dengan Baitrunner Spinning Reel ?

Mesin Spinning Bait Runner

Apakah yang dimaksudkan dengan Baitrunner Spinning Reel ?

Umumnya, reel model ini digunakan khusus untuk penggunaan pancingan umpan hidup atau umpan potong kerana ia memberi ruang kepada ikan (pemangsa) untuk mengambil dan melarikan umpan sebelum ia ditelan. Konsep ini seringkali diguna pakai untuk memburu spesies ikan seperti tenggiri dan layaran yang selalunya melarikan umpan sebelum ditelan. Oleh hal yang demikian, reels jenis ini dilengkapi dengan 2 sistem drag iaitu main spool drag dan baitrunner drag.

Mesin jenis Baitrunner direka khas dengan dua jenis sistem drag iaitu drag utama dan drag kedua seperti gambar dibawah :-

Reel jenis baitrunner ini mempunyai satu tombol yang dikenali sebagai “teaser lever” untuk menghubungkan dengan sistem drag yang kedua . Apabila seretan sekunder ini dilakukan, putaran gelendong kekili akan lebih bebas yang turut dikenali sebagai “controlled free spool” , ini bermakna seretan itu cukup ringan untuk membolehkan seekor ikan mengambil umpan dan membawa lari dengannya tanpa merasakan seretan.

Drag kedua ini boleh dilaraskan dengan tombol drag di bahagian bawah reel yang hanya menawarkan sedikit tarikan atau tegangan. Tambahan lagi, drag kedua ini direka untuk membenarkan spool berputar tanpa pusingan kayuhan reel untuk umpan ditarik bebas oleh pemangsa.

Sebaik sahaja ikan mengambil umpan dan mula berenang dengannya, gelendong akan membiarkan tali keluar dari gulungan dengan sangat mudah dan ketika ini hanya ada 1 atau 2 paun tarik pada gelendong.

Kemudian, cukup dengan kayuhan menggulung tali untuk menamatkan sistem seretan sekunder ini sehinggalah drag utama mengambil alih untuk strike .

Kelebihan penggunaan mesin jenis Baitrunner ini ialah membolehkan anda memancing umpan hidup tanpa perlu menyesuaikan drag utama .

Kebiasaannya, reel Baitrunner ini boleh digunapakai oleh mana-mana lapangan pancing tidak kiralah sama ada freshwater atau saltwater kerana tiada had penggunaannya dan ini bergantung juga kepada spesies ikan sasaran.

Dalam dunia pancingan air masin, mesin Baitrunner sangat membantu ketika pancingan surf casting atau inshore fishing daripada darat untuk spesies ikan bottom feeding , dan juga memancing dari atas bot untuk spesies reef fish seperti ikan snapper atau kerapu (grouper).