Improved Clinch Knot

Improved Clinch Knot telah menjadi salah satu ikatan yang sangat terkenal untuk mengikat mata kail dengan tali pancing. Selain mudah dan cepat, teknik ikatan ini juga kuat dan boleh dipercayai. Walaupun teknik ikatan ini sudah biasa digunakan oleh kebanyakkan pemancing namun ianya tidak sesuai digunakan untuk tali pancing yang saiznya melebihi 30 lb dan ke atas. 

Langkah 1

Masukan hujung tali ke dalam lubang cincin mata kail dan lilitkan sebanyak 5 atau 6 kali seperti yang ditunjukan pada rajah di atas.

Langkah 2

Setelah selesai lilitan tadi masukan hujung tali ke dalam lingkaran yang paling dekat dengan lubang cincin mata kail dengan lingkaran yang telah dibuat.

Langkah 3

Kemudian, tarik hujung tali dengan kuat dan ketat. Hasilnya, anda akan mendapat satu simpulan yang kemas seperti rajah di atas.