TARIKAN LUAR BIASA DI MINI AMAZON MALAYSIA

Siapa sangka rupanya di Malaysia pun ada lokasi yang seakan-akan Sungai Amazon. Mereka yang sudah berpeluang menikmati suasana persekitaran terutama ketika memancing, pasti mengakuinya sendiri bahawa Kampung Beng sememangnya sesuai digelar Mini Amazon Malaysia. Hal ini adalah kerana pemandangan suasana pun tidak kurang hebatnya seperti hutan Amazon.Kampung Beng yang terletak di Mukim Durian Pipit, adalah sebuah perkampungan tradisional terletak di pinggir Tasik Chenderoh Jarak kampung ini dari Ipoh adalah kira-kira 60 kilometer, manakala dari Kuala Kangsar 35 kilometer serta mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke sini.

Ada dua cara untuk sampai ke Kampung Beng. Cara yang pertama, pengunjung boleh kesana dengan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Durian untuk menyusuri laluan sungai dan tasik. Mana-kala, cara yang kedua mengikuti jalan darat dengan memandu kenderaan anda sendiri. Jalan darat lebih lama dan jauh dari cara pertama kerana jalannya yang bengkang-bengkok.

Tarikan pelbagai spesis

PEACOCK BASS : antara spesis ikan favourite bagi sesetengah pemancing kerana kelincahan dan kesukaran untuk menduganya

Kepada kaki pancing, inilah lubuk pancing yang paling sesuai untuk anda melepaskan gian memancing.Tambahan lagi, kebanyakkan pemancing beranggapan bahawa kawasan perairan di Kg.Beng ini merupakan syurga buat hobi mereka. Hal ini adalah kerana, lokasi Mini Amazon Malaysia yang strategik ini adalah lubuk buat ikan jenis Peacock Bass, ikan haruan, ikan sebarau dan banyak lagi.

TOMAN : antara spesis ikan jackpot yang terdapat di perairan ini

KALOI PUTIH : merupakan spesis ikan sepat yang bersaiz besar

Reaksi positif

Gembira : sekumpulan anglers ke lokasi pancing menaiki bot

Fokus : antara pemancing yang sedang leka meman- cing di sini

Mini Amazon Kampung Beng menawarkan cabaran tidak jauh mencabarnya seperti Sungai Amazon. Selain sebagai lubuk memancing, Sungai Chenderoh mempunyai pemandangan yang indah mempesona. Persekitarannya dikelilingi bukit bukau menghijau dan udara yang bersih telah mengundang pelbagai reaksi yang positif daripada semua pihak yang berkesempatan singgah di kawasan tersebut.