Pancingan Layang – Umpan Serangga

Kaedah pancing layang, jenis, dan teknik yang betul.

Apa itu umpan serangga terbang ?

Umpan layang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti rambut,bulu mahupun pelepah dan juga bahan sintetik yang diikat pada sebentuk mata kail dan diolah menjadi seperti organisma yang ingin ditiru. Tambahan lagi,rekaan gewang ini adalah ringan dan mudah untuk terapung serta tenggelam. Walau bagaiamanapun, kaedah ini berbeza dengan teknik mengilat / casting, kerana pancingan layang sebegini lebih kepada pengawalan tali pancing ketika memancing untuk menampakkan gewang benar-benar hidup.

Teknik pancingan layang

Kebiasaannya, pergerakan joran untuk teknik “fly fishing” ini merujuk kepada “10 – 2” iaitu penggerakan joran ketika cast ke hadapan bermula dengan kedudukan pada pukul 10 dan kemudian cast semula ke belakang kepada kedudukan pukul 2.

Jenis umpan serangga untuk pancingan layang

Serangga Kering / Dry Fly

Serangga kering 

Umpan ini direka khas untuk terapung di atas permukaan air. Rekaan umpan seperti ini akan kelihatan seakan-akan seperti serangga atau larva yang jatuh ke dalam air lalu terapung untuk menarik perhatian ikan. Reka bentuk yang baik mengambil masa yang lama untuk mahir dalam pembuatannya. Hal ini kerana bukan sahaja ia perlu nampak sama seperti serangga malah ada lagi beberapa perincian yang perlu dititikberatkan oleh pemancing. 

   Sebagai contoh, rekaan gewang serangga kering ini perlu berada pada kedudukan yang betul ketika jatuh ke atas permukaan air, kekal kering dan tidak tenggelam ke dalam air.Tambahan lagi, serangga kering ini akan diikat dengan sesuatu alatan yang kalis air dan ditambah dengan lapisan cecair khas untuk mengelak daripada berlakunya serapan air supaya ia dapat terapung di atas permukaan air.

Serangga Basah /  Wet Flies

Serangga basah

Ini berbeza pula dengan serangga kering, jika tadi serangga kering direka untuk terapung dipermukaan air manakala serangga basah ini direka khas untuk tenggelam ke dalam air. Teknik ini sangat terkenal di negara Britain dan Scotland untuk penangkapan ikan jenis trout dan salmon.

Streamers

Streamer fishing adalah kaedah pancingan layang yang menggunakan lalat tenggelam yang disebut sebagai streamer. Streamer dibuat untuk meniru “umpan-ikan”, atau ikan yang lebih kecil yang biasanya disukai oleh ikan yang lebih besar, seperti sculpin dan ikan kecil.

Nimfa / Nymphs

Nimfa / nymphs

Dalam pancingan layang, nimfa adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan sejenis serangga buatan yang mewakili makanan ikan bawah laut. Lebih khusus lagi, nimfa ini dibuat untuk meniru serangga yang belum matang (serangga akuatik) pada peringkat pra-dewasa atau larva.   

Weighted Flies


Weighted Flies

Umpan ini tidak berapa sesuai dengan teknik pancingan layang ini. Hal ini adalah kerana umpan yang diikat dengan pemberat bertujuan untuk tenggelam di dalam air. Pemberat yang diikat pada umpan tidak dikira sebagai layangan kerana keadaannya yang berat dan sukar untuk digunakan dalam teknik ini. Walaubagaimana pun umpan sebegini digunakan untuk teknik mengilat yang ringan.

Bugs

plain bugs

popping bugs

Terdapat dua jenis bugs iaitu plain bugs dan popping bugs. Bug pop turut dikenali sebagai pop-rod popper, bass bug dan bass poppers.  Reka bentuk popping bugs ini seperti serangga dan dibuat daripada gabus atau bahan span yang lain.

Keel Flies

keel flies

Seakan sama seperti umpan streamers, umpan keel flies ini diikat sehingga cangkuk terletak di atas air. Cangkuk yang menunggang dengan cara ini akan jarang tersangkut di bahagian bawah. Itu membolehkan seseorang pemancing  terbang memancing lebih dalam dengan tiruan atau tiruan nimfa tanpa kehilangan banyak lalat dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan ikan.

Plastic Flies

serangga plastik

Secara khususnya, serangga plastik ini bukanlah termasuk dalam keluarga umpan terbang .Hal ini adalah kerana umpan ini lebih kepada umpan untuk pancingan ultralight. Kebiasaanya, umpan plastik ini dipasarkan dalam pelbagai bentuk replika haiwan serangga seperti semut,lipas,cengkerik,belalang, cacing dan banyak lagi.