Perfection Loop

Perfection loop merupakan satu kaedah untuk menghasilkan gelung dalam masa yang singkat dan amat kukuh. Simpulan yang dihasilkan pasti kemas dan menghalang ikatan daripada mudah terurai.

Langkah 1

Buatkan satu lingkaran tali A.

Langkah 2

Kemudian, buatkan satu lagi lingkaran tali B ke atas tali utama.

Langkah 3

Lipatkan pula hujung tali ke atas tali utama. Selitkan hujung tali tadi di antara dua gelung lingkaran dan masukkan gelung B ke dalam lingkaran gelung A.

Langkah 4

Seterusnya, tarik hujung tali yang dimasukkan ke dalam gelung A tadi. Ketatkan simpulan dan potong lebihan tali.