SERVIS TEKONG & BOT PANCING SEMATAN, SARAWAK

Bagi penduduk sekitar Sematan yang mencari servis sewaan bot pancing, ini adalah antara servis bot pancing yang korang boleh cuba. Waktu operasi hanya lah pada waktu hujung minggu sahaja bermula dari jam 6 petang sehingga 8 pagi hari berikutnya.

Jeti berpengkalan di Sematan dan kawasan memancing akan merangkumi kawasan sekitar Kuala Lundu sampai ke Telok Melano. Dengan khidmat tekong yang berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam bidang ini sememangnya membawa anda ke spot spot terbaik untuk memancing adalah kepakaran beliau.

Fiber glass bot bersaiz 23” x 5” mampu memuatkan 4 orang di atasnya termasuk tekong dalam satu-satu masa. Bagi perkhidmatan bot pancing ini, hanya khidmat tekong beserta bot + enjin + minyak sahaja disediakan. Keperluan lain seperti barangan pancing, umpan, air bersih dan air minuman perlu dibawa sendiri oleh pelanggan.

Caj harga bagi setiap trip yang dikenakan adalah bergantung kepada jarak yang dipilih pelanggan. Anggaran caj harga adalah antara RM200 – RM450. Makin jauh jarak, harga akan semakin naik.

Untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan, boleh terus hubungi Murad bin Jemiri, +60 13-808 9143 untuk maklumat lanjut.