SEWA BOT PANCING BAU, SARAWAK

Bagi anda yang berada di sekitar Bau, Sarawak atau kawasan yang berdekatan, kami bawakan anda perkhidmatan sewaan bot pancing yang berpengkalan di jeti Kampung Keranji Bau, Sarawak. Kawasan memancing berpusat di sepanjang Sungai Keranji hingga ke Batu Kitang dalam lingkungan 5 km dari pengkalan.

Pengkalan Kampung Keranji Bau

Bersaiz 12” x 4” , bot fiber ini mampu memuatkan sehingga 2-3 orang dalam sesuatu masa. Yang istimewanya, bot ini turut disediakan dengan bumbung bagi memberikan keselesaan serta tempat berteduh di kala panas terik dan hujan kepada pelanggan-pelanggan yang menyewa bot ini.

Berikut merupakan harga sewaan bot pancing :

Sewa Bot  Tanpa Enjin = RM30
Bot + Enjin = RM50
Bot + Enjin + Minyak = RM60

Khidmat Tekong = RM50

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 6.00 petang & 6.30 petang – 7.00 pagi

Harga sewaan bagi bot pancing pada siang hari dan malam hari adalah sama sahaja caj nya. Pelanggan boleh mengambil masa berapa jam lama pun untuk memancing dalam lingkungan waktu beroperasi tersebut dan caj yang dikenakan hanya seperti dinyatakan di atas.

Selain dari menyediakan khidmat sewaan bot, matakail, umpan seperti anak udang, perumpun nipah dan juga cacing tanah turut disediakan pada harga yang berpatutan.

Anak Udang RM8/cup
Perumpun Nipah atau Cacing Tanah RM10/cup

Jika berminat untuk membuat tempahan dan sewaan, boleh hubungi Daut bin Bogol, +60 10-961 657.