Spesies Ikan Tilapia

TILAPIA merupakan antara spesies “favourite” daratan yang sering kali menjadi sasaran bagi mereka yang memancing di kawasan perlombongan, sungai dan tasik. Di Malaysia terdapat 2 jenis ikan Tilapia yang diketahui iaitu ikan Tilapia Merah dan ikan Tilapia Hitam. Walau bagaimanapun terdapat hampir seratus spesies ikan CICHLID dari puak biologi TILAPIINE CICHLID. Ikan tilapia berasal dari negara Afrika dan diperkenalkan ke Indonesia sebelum ia mula berhijrah secara rasmi ke negara kita semenjak tahun 1940-an lagi sebagai sumber protein dan memacu ekononomi industri peternakan ikan.

Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)

Antara kelebihan ikan Tilapia Merah ialah ia mampu membesar dengan cepat, cepat membiak, mudah diuruskan dan kurang serangan penyakit .

CEPAT MEMBIAK
Ikan Tilapia merupakan spesies ikan yang cepat membiak. Ikan ini juga termasuk dalam
golongan jenis ikan yang mengeramkan anaknya. Sebaik sahaja persenyawaan berlaku antara induk jantan dan betina, induk jantan akan pergi meninggalkan induk betina untuk mengawan lagi, dan Tilapia betina tadi akan mengaut telur-telur yang sudah disenyawakan ke dalam mulutnya untuk di eram. Selama dalam tempoh pengeraman ini, induk betina tidak akan makan apa-apa sehinggalah anak-anak Tilapia menetas dan boleh menjaga dirinya sendiri.

Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus)

OMNIVORUS
Di Malaysia, ikan Tilapia ini merupakan salah satu jenis ikan yang diternak dan dijual secara komersil terutama dikawasan penternakan ikan kolam ikan air tawar. Ikan Tilapia merupakan spesis ikan ketiga terpenting diternak dan dimakan selepas ikan kap dan ikan Solmon. Ikan ini mudah membiak dan diternak dalam kawasan air tawar dengan memakan tumbuhan dalam air serta makanan formulasi moden dan cepat membesar. Ikan ini adalah jenis ‘omnivorus’ dan boleh hidup dalam keadaan kolam atau kawasan dengan padat dimana tidak mudah mati walau pun suhu air agak panas pada waktu tengahari di kawasan tropika.

SEBAB-SEBAB IA DITERNAK SECARA KOMERSIAL

MEMPUNYAI KANDUNGAN KALSIUM YANG TINGGI
Menurut website Nutrition Value, 100-gram ikan talapia mengandungi 10 miligram kalsium iaitu hampir banyak dengan kandungan kalsium di dalam ikan tuna. kalsium merupakan kandungan mineral yang sangat penting kepada tulang dan otot kita. Selain daripada mengambil supplemen atau minum susu, anda juga boleh mendapatkan kalsium dengan memakan ikan talapia.

MEMPUNYAI KHASIAT ZAT BESI
Walaupun kebanyakan ikan di pasaran tidak mempunyai kandungan zat besi yang banyak, namun ikan talapia ialah salah satu spesis ikan yang mampu memberikan nutrien zat besi kepada badan kita. Zat besi amat diperlukan di dalam sel darah merah kita untuk mengangkut oksiden ke seluruh tubuh badan.