Trip Jigging Sutera

SEAWAL  JAM 5.00 PAGI, aku dan rakan-rakan mula berkumpul di checkpoint pertama iaitu di  Jeti Sutera Harbor. Sebuah jeti awam yang terletak berhampiran dengan resort mewah berkualiti 5 bintang iaitu Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. 

Sumber gambar daripada Google Image : Jeti Sutera Harbour

Seperti trip yang lepas, sementara menunggu tekong bot sampai segala kelengkapan pancing akan
diperiksa untuk kali yang terakhir. Keadaan ini sudah menjadi rutin aku dan rakan-rakan untuk setiap kali
trip pancing kerana  tidak mahu ada saja barang yang tertinggal ketika hendak mula memancing.

Gambar Contoh.

Dengan menggunakan perkhidmatan FAITH FISHING CHARTER yang diketuai  oleh Tekong Black, kami memulakan perjalanan tepat pada pukul 6.00 pagi. Perjalanan yang mengambil masa selama  1 jam 30 minit untuk sampai  ke spot yang pertama membuatkan diri ini mulai membayangkan ikan-ikan yang sedang menunggu akan kehadiran kami. Setibanya kami di sana, tanpa melengahkan masa masingmasing terus membuat first cast dengan menaruh harapan yang tinggi. Keadaan arus air ketika ini agak perlahan dan tenang. Balingan jig  yang pertama disulami dengan balingan yang  kedua dan seterusnya membuatkan aku berasakan bahawa ikan di sini agak sombong dan  tidak frenzy. Hanya sentuhan kecil yang diberikan dan tidak mahu mengikut kepingan jig yang ditawarkan. Pada saat ini, masing-masing sedang terus kuatkan diri untuk terus bersabar memujuk penghuni di sini. 

Kebiasaanya, di kawasan perairan ini diterangi oleh cahaya bulan  sehinggakan menerangi malam hari. Ekoran itu, spesies ikan pemangsa  akan  aktif memburu pada waktu malam kerana dapat memburu mangsanya dengan lebih mudah. Oleh hal yang demikian, sukarlah untuk kami dapat  strike diawal pagi boleh jadi ikan sudah kenyangan dan kepenatan dek aktiviti malamnya.

Namun ini hanyalah pendapat peribadi aku yang asyik mengelamun seorang diri ketika menunggu ikan yang dinanti . Aku dan rakan-rakan meneruskan usaha kami, pelbagai cara dan kaedah telah kami gunakan untuk kejutkan ikan-ikan yang masih tidur di kawasan sini. Tidak lama kemudian, jig Bakau yang aku lontarkan terasa ditarik kuat dari arah berlawanan. Dengan bantuan kekuatan daripada rod dan reel keluaran Ajiking , aku berjaya daratkan seekor GT dengan anggaran berat sebanyak 4.0 kg. Syukur dihati kerana nama sendiri tidak akan tercatat dalam senarai kumpau hari ini. Hehe .  Melihat kejayaanku mendaratkan  ikan bersaiz gah sebegini  membuatkan rakan-rakan yang lain turut bersemangat untuk berusaha lari daripada senarai kumpau

Kerapu Bara turut berjaya dijinakan pada sebelah petang
Seekor lagi GT berjaya dinaikan oleh rakan seperjuangan.

Trip kali ini agak pendek dan santai kerana kami hanya pergi untuk satu hari sahaja. Boleh dikatakan agak menyukarkan kami semua pada awalnya kerana ikan tidak mahu memberi respon. Namun, usaha dan kesabaran yang diteruskan membuahkan hasil apabila aku berjaya mendapat  strike yang pertama kemudian diikuti pula dengan strike yang kedua dan ketiga oleh rakan-rakan yang lain. Di hujung trip semakin banyak strike berjaya dinaikan. Tetapi kami telah berhenti memancing pada jam 6.00 petang untuk bersiap pulang ke rumah. Kami sampai di jeti pada jam 7.30 petang.